ROS Reg. No. NSID-082-07072025 Est. 2009, revived 2025

Together beyond borders.

The official alumni association for OUM graduates. Reconnect with your batch, grow your network, mentor the next cohort and give back.

About Us

Your OUM story
doesn't end at convo.

Who we are

Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM) is a national-level alumni association registered under the Societies Act 1966. We connect alumni with OUM, strengthen their network, and harness support for the growth of the university and the wider community.

Registered with the Registrar of Societies (ROS)

NSID-082-
07072025

Status: Kebangsaan (national)

Our story

  1. 2009Founded under its first president, En. Hasshim Abdul Karim.
  2. 2010Officially registered.
  3. 2012The association is dissolved.
  4. May 2025Revived at the OUM Alumni Founding Meeting; nine protem committee members appointed.
  5. July 2025Re-registered under the Societies Act 1966.
Dr Shamsul Zuraimi Mat Shah, President of PAOUM

Message from the President

Dear Fellow Alumni,

Warm greetings!

It is an honour to serve as President Protem of the newly formed Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM). Our mission is simple: reconnect alumni, build networks, and celebrate the journey we started at OUM.

PAOUM is your platform to meet old friends, expand your professional network, mentor students, and make a positive impact. Every contribution – your ideas, time, or support – can make a real difference.

Join us, get involved, and help shape a vibrant alumni community. Together, we can keep the OUM spirit alive – Together Beyond Borders.

“Together Beyond Borders”

With appreciation,Dr Shamsul Zuraimi Mat ShahPresident, PAOUM

Connect & unite

Build bonds among alumni across generations through social, professional and welfare activities.

Support OUM

Strengthen the university's brand through promotions, sponsorships and industry partnerships.

Share knowledge

Exchange experience among alumni, students and the community for lifelong learning.

Engage strategically

Take part in university programmes as partners in academics, research and innovation.

Give back

Lead charitable and community initiatives aligned with OUM's values.

Sustain our vision

Raise funds for alumni programmes, student welfare, scholarships and social projects.

Product & Price

Membership & fees

Two ways to join. Fees are in Malaysian Ringgit (RM) and are set by Fasal 6 of the PAOUM Constitution.

Best value

Lifetime member

Ahli Seumur Hidup

RM15

RM5 registration fee+ RM10 lifetime fee
  • Pay once, member for life
  • No yearly renewal to remember
  • Invitations to PAOUM events and activities
  • Access to the OUM alumni network and privileges

Ordinary member

Ahli Biasa

RM10

RM5 registration fee+ RM5 annual fee
  • Renews at RM5 per year
  • Annual fee due within 7 days of the start of each year
  • Invitations to PAOUM events and activities
  • Access to the OUM alumni network and privileges

Who can join

OUM alumniMalaysian citizenAged 18 and aboveLiving in Malaysia

Registration is processed once your membership payment is received. Payment is final and non-refundable — please read the Refund Policy before paying.

Payment details

Pay to
PAOUM
Bank
Bank Muamalat
Account number
12140001136719
Payment reference
Pendaftaran Ahli

Pay by online bank transfer, or scan the DuitNow QR with any participating bank or e-wallet app.

PAOUM DuitNow QR code, Bank Muamalat
  1. Fill in the formOpen the PAOUM registration form and enter your personal and academic details.
  2. Pick a categoryOrdinary (RM10) or Lifetime (RM15).
  3. Make paymentTransfer or pay by DuitNow QR with the reference “Pendaftaran Ahli”.
  4. Get confirmedYour registration is processed once payment is received.

Ready to join PAOUM?

Be part of the Open University Malaysia Alumni Association and stay connected with fellow graduates. By joining, you can:

  • Keep up with alumni events and activities
  • Network with OUM alumni worldwide
  • Contribute to a vibrant alumni community

Scan the QR code to complete your membership registration, or open the form directly.

PAOUM Membership Registration Form
QR code for the PAOUM Membership Registration Form
Scan to register
Governance

PAOUM Constitution

The registered constitution sets out how PAOUM is run — membership, fees, meetings, the committee and finances.

The constitution is in Bahasa Melayu. The registered PDF is the official version.

1Fasal 1 — Nama
  1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, selepas ini disebut pertubuhan.
  2. Takrif Nama: PERSATUAN ALUMNI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
  3. Bertaraf: Kebangsaan
2Fasal 2 — Tempat Urusan
  1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan, dan alamat untuk surat-menyurat, ialah Pusat Perhubungan Alumni, Open University Malaysia, Tingkat 7, Menara OUM, Block C, Kelana Centre Point, Jalan SS 7/9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa.
  2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
3Fasal 3 — Matlamat
  1. Menyatupadukan bekas pelajar-pelajar institusi tersebut di Fasal 1.
  2. Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli.
  3. Memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui program-program pertubuhan.
  4. Menjaga kebajikan am ahli-ahli.
  5. Menjana dana bagi menyokong aktiviti alumni dan kebajikan pelajar, termasuk biasiswa, bantuan kewangan, dan projek-projek sosial.
4Fasal 4 — Keahlian
  1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
    1. Ahli Biasa — Kewarganegaraan: Malaysia; Umur minima: 18 tahun; Kawasan/Negeri tempat tinggal ahli: Malaysia; Keturunan/Bangsa: Semua; Jantina: Lelaki dan Perempuan; Agama: Semua; Kriteria keahlian yang lain: Tiada.
    2. Ahli Bersekutu — Tiada.
    3. Ahli Kehormat — Tiada.
    4. Ahli Seumur Hidup — Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
    5. Ahli Remaja — Tiada.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
5Fasal 5 — Pemberhentian dan Pemecatan Ahli
  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
6Fasal 6 — Sumber Kewangan

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

  1. Bayaran masuk: RM 5 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)
  2. Yuran: RM 5 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)
    1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan.
    2. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli): RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja).
    3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
    4. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
    5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
    6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
  3. Sumbangan — Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
  4. Kegiatan Ekonomi — Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
7Fasal 7 — Mesyuarat Agung
  1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
  3. Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:
    1. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
    2. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
    3. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan);
    4. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
  5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
    1. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
    2. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
  6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
  7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
  8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung DwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
  9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
8Fasal 8 — Jawatankuasa
  1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan: seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari dan 2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
  2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
  3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali.
  4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
  5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
  6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
    1. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
    2. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
    3. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
  7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
  8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan.
  9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
  10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
  11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
9Fasal 9 — Kewajipan-kewajipan Pegawai
  1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
  2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
  4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
  5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
  6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
10Fasal 10 — Kewangan
  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
  2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
  3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
  4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
  5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
  6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari.
11Fasal 11 — Juruaudit
  1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua tahun boleh dilantik semula.
  2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
12Fasal 12 — Pentadbir Harta
  1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
  2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
13Fasal 13 — Tafsiran Perlembagaan Pertubuhan
  1. Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembagaan ini.
  2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
14Fasal 14 — Penasihat / Penaung
  1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
15Fasal 15 — Larangan
  1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis pertubuhan.
  2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
  3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
  4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
  5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.
16Fasal 16 — Pindaan Perlembagaan
  1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
17Fasal 17 — Pembubaran
  1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
  2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
  3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
18Fasal 18 — Bendera, Lambang dan Lencana

Bendera, lambang dan lencana Pertubuhan menggunakan reka bentuk yang sama, dengan keterangan berikut:

  1. Bentuk Bulat atau Global — Melambangkan jaringan global alumni dan keterbukaan kepada dunia luar & selari dengan konsep.
  2. Huruf PAOUM atau OUM — Menunjukkan identiti institusi dan kebanggaan terhadap alma mater (universiti tempat seseorang pernah belajar).
  3. Simbol Buku, Obor, atau Tangan Bersatu — Melambangkan ilmu pengetahuan, semangat, dan perpaduan dalam kalangan alumni.
  4. Lingkaran atau Rangkaian — Menunjukkan kesinambungan hubungan antara alumni dan universiti.
Refund Policy

All sales are final. No refunds are provided after payment.

Bayaran yuran keahlian adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan.

1. Scope

This policy applies to all PAOUM membership fees — registration, annual and lifetime fees — paid by bank transfer, DuitNow QR or through the PAOUM portal or app.

2. No refunds

Once payment is made, membership fees are final, non-refundable and non-transferable. This includes cases where a member changes their mind, does not use membership benefits, chooses a different category, resigns, or has their membership ended under the Constitution.

3. Confirmation before payment

This policy is shown on the registration form and in the member portal before payment. On the portal, members must tick “I agree that all sales are final and no refunds will be provided after payment” before they can proceed.

4. Payment errors

If you pay more than once for the same registration, or transfer more than the fee, contact us within 14 days with your payment receipt. Verified overpayments will be returned to the account the payment came from.

5. Contact

Send payment enquiries to paoum@oum.edu.my with your full name, student/alumni ID and payment receipt.

Last updated: [DD Month 2026]

Privacy Policy

How we collect, use and protect your personal data

PAOUM respects your privacy and processes personal data in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) of Malaysia.

1. Data we collect

  • Identity details: full name, IC number, date and place of birth, student or alumni ID.
  • Contact details: email address, phone number and home address.
  • Academic details: faculty, programme, learning centre, convocation and year of graduation.
  • Employment details: occupation, employer name and address.
  • Payment details: amount, date and proof of payment. PAOUM does not collect your online banking login or card details.

2. How we use your data

  • To verify eligibility and process your membership application and payment.
  • To keep the register of members required by Fasal 9 of the PAOUM Constitution and the Societies Act 1966.
  • To send notices of general meetings and information about events, activities and privileges.

3. Disclosure

Your data may be shared with Open University Malaysia for alumni verification, with our bank to process payments, and with the Registrar of Societies or other authorities where required by law. PAOUM does not sell your personal data.

4. Security and retention

We apply reasonable technical and administrative measures to protect your data, and keep it only as long as needed for membership and legal purposes.

5. Your rights

You may request access to, or correction of, your personal data, and withdraw consent to marketing communications at any time by emailing paoum@oum.edu.my.

Last updated: [DD Month 2026]

Terms & Conditions

The terms of PAOUM membership and use of this portal

1. Eligibility

Under Fasal 4 of the PAOUM Constitution, Ordinary membership is open to former students of Open University Malaysia who are Malaysian citizens, aged 18 or above and living in Malaysia, of any race, gender or religion. Lifetime membership is open to Ordinary members who pay the fee in one lump sum.

2. Application

Applications are considered by the PAOUM Committee, which may reject any application at its discretion. An applicant becomes a member once the application is approved and the entrance fee and first fee are paid.

3. Membership fees

Ordinary membership (Ahli Biasa) costs RM10 on joining — a RM5 entrance fee plus a RM5 annual fee — and renews at RM5 per year, payable within 7 days of the start of each year. Lifetime membership (Ahli Seumur Hidup) costs RM15 once — a RM5 entrance fee plus a RM10 lifetime fee, paid with the application.

4. Payment

Pay to PAOUM, Bank Muamalat account 12140001136719, using the reference “Pendaftaran Ahli”. Registration is processed only after payment is received. All payments are subject to the Refund Policy.

5. Unpaid annual fees

A member with fees unpaid for more than two years will receive a reminder and lose membership privileges until the arrears are settled. A member with arrears exceeding three years' fees automatically ceases to be a member.

6. Resignation, suspension and termination

Members may resign by giving the Secretary two weeks' written notice and settling any outstanding dues. The Committee may suspend or terminate a member who breaches the Constitution or damages the good name of PAOUM, after giving written reasons and a chance to respond, as set out in Fasal 5.

7. Accuracy of information

Members must provide true and current information and update their details when they change.

8. Portal use

You are responsible for keeping your portal login secure. PAOUM is not liable for losses caused by unauthorised use of your account.

9. Governing law

These terms are governed by the laws of Malaysia. Where they conflict with the PAOUM Constitution, the Constitution prevails.

Last updated: [DD Month 2026]

Contact Us

Say hi 👋

Questions, ideas or payment enquiries — we'd love to hear from you.

Centre for Alumni Relations

Level 7, Menara OUM, Open University Malaysia
Block C, Kompleks Kelana Centre Point
Jalan SS7/19, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Phone: +603-7801 2065
Mobile: +60 12-271 2715

Business hours

Mon – Thu8:00 AM – 5:00 PM
Friday8:00 AM – 12:00 PM
Sat & SunClosed