
1.1 Penyertaan terbuka kepada alumni dan pelajar OUM sama ada secara individu atau berkumpulan. Bagi penyertaan berkumpulan, jumlah peserta tidak boleh melebihi tiga (3) orang.
1.2 Setiap peserta dibenarkan menghantar maksimum dua (2) cadangan logo.
1.3 Semua logo mestilah hasil ciptaan asli, bukan tiruan atau plagiat daripada mana-mana logo sedia ada, serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Penyertaan akan terbatal secara automatik sekiranya didapati karya yang dikemukakan tidak asli.
1.4 Pihak OUM tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas logo yang dipertandingkan.
1.5 Semua logo yang dipertandingkan akan menjadi hak milik Open University Malaysia dan tidak akan dikembalikan. OUM berhak meminda atau mengubah logo yang terpilih mengikut keperluan Universiti.
1.6 Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan
2.1 Reka bentuk logo hendaklah dihasilkan dalam format AI (Vektor) atau PNG dengan resolusi minimum 1080px x 1080px, menggunakan perisian terkini yang bersesuaian.
2.2 Logo hendaklah dikemukakan dalam versi berwarna dan hitam putih. Bagi versi berwarna, penggunaan warna adalah terhad kepada maksimum empat (4) warna, tidak termasuk warna hitam. Warna yang digunakan hendaklah mengandungi warna ungu serta sekurang-kurangnya satu (1) warna korporat OUM. Sebagai panduan kod warna adalah seperti adalah seperti berikut:
• Ungu (Alumni): #91298c
• Biru korporat (OUM & Alumni): #0359a6
• Kelabu (OUM): #414042
2.3 Reka bentuk logo mestilah menarik, ringkas, jelas, mudah difahami serta sesuai untuk digunakan pada pelbagai medium seperti cetakan, media sosial, papan tanda, barangan cenderamata, dan lain-lain.
2.4 Setiap logo yang dihantar perlu disertakan dengan keterangan atau maksud logo tidak melebihi 100 patah perkataan.
2.5 Logo perlu dibuat dalam dua (2) versi bahasa iaitu mempunyai perkataan ‘Persatuan Alumni Open University Malaysia’ dan ‘Open University Malaysia Alumni Association’ (tanpa outline).
2.6 Hadiah
1. Hadiah Pertama: RM1,000.00 beserta Sijil Penghargaan
2. Hadiah Kedua: RM500.00 beserta Sijil Penghargaan
3. Tiga (3) Hadiah Saguhati: RM300.00 setiap satu beserta Sijil Penghargaan
4. Hadiah Penyertaan: Cenderamata khas untuk 10 penyertaan terbaik
3.1 Peserta hendaklah menghantar reka bentuk logo bersama dengan borang penyertaan yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
1. Penyertaan individu
2. Penyertaan kumpulan
3.2 Borang penyertaan yang lengkap perlu dihantar melalui emel ke alumni@oum.edu.my dengan tajuk: “PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PAOUM”.
3.3 Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan adalah di bawah tanggungan peserta.
3.4 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2025.
3.5 Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui emel kepada laila@oum.edu.my atau intan@oum.edu.my.
4.1 Keputusan panel pemilih adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
4.2 Panel berhak membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya peserta didapati tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
4.3 Senarai pemenang akan diumumkan oleh pihak Sekretariat.