Program Retreat Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Open University Malaysia (AJK PAOUM)

Program Retreat Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Open University Malaysia (AJK PAOUM) telah berlangsung buat julung kalinya pada 16 hingga 17 Mei 2026 di Bukit Tinggi, Pahang dengan penyertaan seramai 12 ahli jawatankuasa.

Dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni OUM, program ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hala tuju, tadbir urus, serta perancangan strategik PAOUM ke arah sebuah persatuan alumni yang lebih mampan, progresif, dan berimpak tinggi kepada komuniti alumni serta universiti.

Sepanjang program ini, pelbagai cadangan dan inisiatif strategik dibincangkan, termasuk usaha memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti, memperluas keahlian PAOUM, serta meningkatkan penglibatan alumni secara lebih aktif dan tersusun.

Program diakhiri dengan pesanan serta aspirasi daripada Prof. Dr. Yon Rosli Daud, Naib Presiden (Pembangunan Perniagaan).